TEMPAHAN

saya emmy nurain binti zakaria sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis(dinner,birthday party,majlis keramaian dan sebagainya)
sedia menerima tempahan seperti sate(ayam dan daging),nasi lemak(sambal kerang,ayam berempah dan biasa),roti jala,sandwich,lontong,mee goreng,mihun goreng,kuetiau goreng...harga boleh diperbincangkan apabila anda semua menghubungi saya ditalian 0179477910 @ 0129269694...tempahan akan diterima seminggu sebelum tarikh majlis...jangan takut dan jangan segan untuk membuat tempahan

Saturday, November 20, 2010

mihun kari

haaa ni namanya mihun kari...leh jugak ganti dengan mee...saya tak suka mee maka saya pun tukar la dengan mihun...sama je sebab kuahnya yang sama

cara-caranya :

mula-mula masak kuahnya dulu..bahan-bahan yang diperlukan adalah bawang merah,bawang putih,cili kering @ cili boh,serbuk kari,daun kari,asam jawa,kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang,santan,sawi,cili merah,ayam,kerang,fishcake,fishball.....

haaaa lepas tu tumbuk bawang merah + bawang putih (@ boleh gak mesin terus dgn cili kering)...kemudian tumis lah bahan ni...kacau sehingga naik bau lepas tu masukkan cili boh(kalu dah bland sama2 ngan cili kering terus tumis je)...cili boh tu masukkan sikit je @ kalau pakai cili kering masuk dlm 5 tangkai je..kemudian masukkan bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis..kacau sedikit dan kemudian masukkan serbuk kari,bila agak kering masukkan sedikit air (@ serbuk kari terus dibancuh dengan air)..kacau sehingga naik bau yang melazatkan tu..hehehehe...kemudian masukkan daun kari dan masukkan air untuk kuah ,kacau rata.masukkan sedikit air perahan asam jawa.

seterusnya masukkan ayam,kemudian tunggu sehingga mendidih...selepas mendidih boleh la masukkan fishcake,fishball dan kerang.apabila bahan ini sudah masak boleh la masukkan sayur dan cili merah,jangan sampai sayur terlalu layu,nnt hilang zat lak.last masukkan garam dan gula secukup rasa...

**(sayur dan kerang boleh jugak direbus berasingan dengan kuah kari)

untuk hidangan rebuskan mee @ mihun terlebih dahulu..kemudian boleh la dihidangkan..

selamat mencuba resepi saya yang simple untuk seisi keluarga..

~~chill

1 comment: