TEMPAHAN

saya emmy nurain binti zakaria sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis(dinner,birthday party,majlis keramaian dan sebagainya)
sedia menerima tempahan seperti sate(ayam dan daging),nasi lemak(sambal kerang,ayam berempah dan biasa),roti jala,sandwich,lontong,mee goreng,mihun goreng,kuetiau goreng...harga boleh diperbincangkan apabila anda semua menghubungi saya ditalian 0179477910 @ 0129269694...tempahan akan diterima seminggu sebelum tarikh majlis...jangan takut dan jangan segan untuk membuat tempahan

Saturday, November 20, 2010

mihun kari

haaa ni namanya mihun kari...leh jugak ganti dengan mee...saya tak suka mee maka saya pun tukar la dengan mihun...sama je sebab kuahnya yang sama

cara-caranya :

mula-mula masak kuahnya dulu..bahan-bahan yang diperlukan adalah bawang merah,bawang putih,cili kering @ cili boh,serbuk kari,daun kari,asam jawa,kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang,santan,sawi,cili merah,ayam,kerang,fishcake,fishball.....

haaaa lepas tu tumbuk bawang merah + bawang putih (@ boleh gak mesin terus dgn cili kering)...kemudian tumis lah bahan ni...kacau sehingga naik bau lepas tu masukkan cili boh(kalu dah bland sama2 ngan cili kering terus tumis je)...cili boh tu masukkan sikit je @ kalau pakai cili kering masuk dlm 5 tangkai je..kemudian masukkan bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis..kacau sedikit dan kemudian masukkan serbuk kari,bila agak kering masukkan sedikit air (@ serbuk kari terus dibancuh dengan air)..kacau sehingga naik bau yang melazatkan tu..hehehehe...kemudian masukkan daun kari dan masukkan air untuk kuah ,kacau rata.masukkan sedikit air perahan asam jawa.

seterusnya masukkan ayam,kemudian tunggu sehingga mendidih...selepas mendidih boleh la masukkan fishcake,fishball dan kerang.apabila bahan ini sudah masak boleh la masukkan sayur dan cili merah,jangan sampai sayur terlalu layu,nnt hilang zat lak.last masukkan garam dan gula secukup rasa...

**(sayur dan kerang boleh jugak direbus berasingan dengan kuah kari)

untuk hidangan rebuskan mee @ mihun terlebih dahulu..kemudian boleh la dihidangkan..

selamat mencuba resepi saya yang simple untuk seisi keluarga..

~~chill

Wednesday, November 17, 2010

singgang ikan

makanan paling digemari rakyat kelate...singgan ikan


masak nya simple sangat2...masukkan ikan dalam air..letak atas dapur..kemudian masukkan lengkuas,bawang merah dan bawang putih(hiris halus),cili padi untuk naikkan warna,kalu x letak nnt nmpk pucat,asam keping,sedikit garam...kalu nak letak sayur pn ok,letak bendi...

Tuesday, November 16, 2010

LALA BERLADA

masakan ni sungguh berselera..makan tengahari bersama teman.lala berlada..
bahan-bahan dan cara-caranya :
bland cili padi,serai,halia,bawang putih dan bawang merah...kemudian tumis je bahan yang dah dibland tadi..kacau sehingga kekuningan kemudian masukkan sedikit gula dan garam.kemudian masukkan kacang panjang yang dipotong kecil(untuk nampakkan cantik sikit) dan tomato(potong dadu)...last masukkan lala...kacau sehingga bahan sebati dengan lala dan tunggu sehingga lala betul2 masak.kalau tak masak betul2 nnt sakit perut lepas makan.selamat mencuba,InsyaAllah sedap.ini hasilnya yer,....

Tuesday, November 9, 2010

spagheti

Masakan spagheti yang sangat simple tapi mendatangkan hasil yang boleh tahan enaknya sbb saya suka makan spagheti...nak masaknya bukannya susah..hanya perlukan bawang putih,mushroom button,sos spagheti tomato(prego) @ pes tomato dan daging cincang..boleh jugak masukkan chicken ball @ udang..


cara memasak sos...
bawang putih potong dadu then tumis hingga naik bau...kemudian masukkan sos spagheti @ pes tomato(kalau pakai pes tomato perlu tumis dengan cili boh @ cili giling)...kacau rata then masukkan daging cincang dan mushroom...kalau nak masukkan udang @ chicken ball leh jugak masukkan terus bersama2 daging cincang...
kemudian rebus la spagheti sampai lembut...last boleh la dihidangkan..untuk elakkan spagheti melekat bila sejuk,gaulkan dengan batter...
selamat mencuba dan menjamu selera...


Sunday, November 7, 2010

so simple

masakan yang disediakan ni sangat simple dan boleh dimasak oleh sesiapa yang sedang belajar masak,sape2 yang baru kawen dan sedang fikir nak masak apa dan pada yang mls nk masak tu...leh la cuba masak masakkan yang simple ni...sangat senang dan cepat siap...cepat jugak dapat makan...
air tangan sendiri yang boleh menyelerakan santapan hari anda..selamat mencuba..

ayam masak kicap



haaa...ni namanya ayam masak hitam...ops salah,ayam masak kicap...

1st : perap ayam dengan garam dan kunyit pastu goreng...2nd : goreng kentang...

untuk kuah lak,tumis cili kering bersama bawang putih ngan bawang merah yang dh siap di bland(atau tumbuk bawang putih + bawang merah,tumis sehingga naik bau dan masukkan cili boh)..kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa...then masukkan kicap,kalau nak pedas masukkan cili padi yang dibelah dua(seberapa banyak yg hendak)..kacau sehingga rata..masukkan sedikit air untuk jadikan kuah...dah mendidih tu masukkan ayam dan kentang yang telah siap digoreng...kacau perlahan sehingga kuah dah meresap kedalam ayam dan kentang...last leh la hidangkan..mulakan makan dengan bacaan doa makan...:-)

tomyam

kali ni ade masakan yang bernama tomyam lak...so delicious...yummy makan dengan telo dadar..itu dh standard order kalu kita makan kat kedai makan...
cara masak nya senang saja..sediakan bawang putih dgn bawang besar,pes tomyam,lengkuas,daun limau,serai,cili padi,asam limau
sayur lak yang bersesuaian la seperti kobis,bunga kobis,carrot,tomato dan cendawan..
bahan basah lak seperti ayam @ daging @ udang @ sotong..
mulakan dengan masukkan ayam kedalam periuk then masukkan air pastu letakkan keatas dapur..kemudian masukkan serai,bawang putih dan biarkan mendidih(masukkan udang @ sotong ketika mendidih)..pastu bila dah mendidih masukkan pula sayur2 pilihan citarasa anda dan bawang besar..kemudian masukkan pes tomyam,daun limau,perah asam limau,cili padi,garam dan gula secukup rasa...kacau perlahan dan bila bahan2 tadi dah masak last masukkan tomato and siap la tomyam...ini la hasilnya

Wednesday, November 3, 2010

TRIAL(mee goreng)

Dalam beberapa hari ni saya tak berkesempatan untuk memasak...almaklumlah br pindah rumah and banyak lagi benda nk kena uruskan..tapi dikesempatan itu ade la beberapa mskan yang sempat saya metrai kat dapur saya...kasi berasap sikit dapur tu..
ok...1st pd satu pagi tu saya ada masak mee goreng basah untuk santapan pagi bersama suami..hasilnya ok la untuk kami berdua...so so je....boleh jugak la dimasak untuk sapa2 yang nk cepat atau yang x cukup barang atau untuk yang x tau sgt nk msk,just tau basic2 je ......


ni la hasil nye masakan pertama ,mee goreng basah + telo mata....makan beria bersama suami..tanpa sebarang komen dari suami..sedap @ tak mmg smp skrg sy x tau....simple je cara msk nyer....
mula2 bland cili kering dlm 5tangkai bersama 3ulas bawang merah n 2 ulas bawang putih..
pastu sediakan sayur,x kesah la kobis ke,sawi ke....yang mana anda suka la...sediakan sos cili,sos tomato dan kicap...
then sediakan ayam @ udang @ fishball(bahan basah)....last bersihkan kan mee tu sikit...
dah setel sme bahan2 tu letak tepi cantik2...
pastu panaskan minyak..minyak dh panas boleh la tumis cili kering yg dibland td...kacau la smp dh naik bau...kemudian mskan bahan basah tadi...kacau smp dh masak...mskkan sos cili,sos tomato dan kicap....kacau lg...kemudian mskkan garam dan gula secukup rasa dan citarasa anda...agak2 dh msk bahan msk tu leh la masukkan sayur la...kacau sikit je pastu mskkan mee..n kacau la lagi smp dh sebati ngan bahan2 lain...last sekali siap la dan hidang la untuk mkn lak...mulakan dengan BismillahHirrahManirRahim sebelum mulakan kerja,masak dgn hati ikhlas...INSYAALLAH hasilnya adalah yg terbaik..



wassalam..

Saturday, October 30, 2010

mukaddimah

firstly...sbg pembukaan page ni ingin sy perkenalkan rahsia hati wanita yang sbnr..
seorg wanita akan merasa kewanitaan yg sbnrnya apabila dapat menyediakan masakan untuk santapan dengan hasil air tangan sendiri...
memang istimewa wanita itu...hehehehe..aku kah itu...??
saya bukan lah pakar dlm masak memasak ni tp sy suka memasak dan mencuba masakan baru...so far,Alhamdulillah segala masakan yg 1st touch saya dh berjaya buat sehingga jadi...tp tu hanya yg basic je la...yang mencabar saya belum cuba lg,...untuk ms terdekat saya akan cuba satu persatu masakan yg pelik2 lak....InsyaAllah...dan segala percubaan baru itu akan saya serahkan kepada my hubby untuk mengadili nyer...walaupun hubby akan berkate sedap je tp dari riak wajah suami tu kita leh tau keikhlasan dia....
okeh...sy akan cuba meteraikan impian ini...1hari 1masakan 1percubaan..
*winks